
Mesti ada yang tertanya2 kenapa tiba2 blog ini ditulis dalam bahasa melayu? Saya mempunyai hobi untuk melayari web. Sedang meninjau halaman Redesign Malaysia , sebuah website yang didedikasikan untuk menggembleng tenaga rakyat Malaysia untuk meningkatkan taraf broadband atau jalur lebar di negara kita. Apa yang menarik perhatian saya di situ ialah pengendali halaman web tersebut adalah seorang yang beliau sendiri menggelarkan dirirnya 'cina-beng' bernama Josh Lim. Walaupun peratusan blog yang ditulis oleh beliau adalah di dalam bahasa inggeris namun salah satu dari artikel beliau ditulis dalam bahasa ibunda malaysia. Gaya bahasa dan pengayaan perkataan yang beliau gunakan menyebabkan saya terasa tercabar, bukanlah untuk menjadi penulis lebih baik di sini tetapi untuk turut menggunakan bahasa melayu yang semakin lama semakin ditelan zaman.
Berbalik kepada persoalan adakah alternatif itu suatu kesalahan. Biasanya apabila berlaku sesuatu yang diluar norma atau tabii maka sesuatu itu ditakrifkan sebagai alternatif. Tapi dari aspek apakah ingin saya sampaikan disini? Marilah kita melihat dari sudut telekomunikasi yang ingin disampaikan oleh Josh Lim.
Internet
Semestinya kita semua menyedari bahawa di Malaysia pembekal perkhidmata

Komputer
Sepertimana niat asal blog ini ditulis iaitu untuk memberikan maklumat yang lebih lanjut tentang Apple dan komputer yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut maka tidak perlulah saya menghuraikan lebih lanjut memandangkan sudah nyata bahawa saya memilih untuk menggunakan MacOSX dari menggunakan windows. Justifikasi yang diambil iaitu untuk menggunakan sistem operasi yang alternatif , selain windows adalah satu langkah yang tidak mudah untuk saya ambil malah disangkal dan dikatakan tidak sesuai untuk pelajar seperti saya, tambahan pula tidak ramai yang tahu menggunakan MacOSX.
Namun inilah yang dinamakan anjakan paradigma. Dikala manusia sibuk menggunakan benda yang sama di dunia kita mengambil langkah untuk maju setapak dengan mengenalkan suatu benda yang lebih baik. Maklumat mengenai Mac dan apple telahpun saya blogkan sebelum ini. Di sini ada sebuah tulisan mengenai Microsoft dan Alternatif.
Politik
Adalah bukan maksud saya untuk menyebelahi mana2 pihak tetapi hanya untuk memberikan maklumat2 tentang alternatif yang ada untuk rakyat malaysia. Alternatif sememangnya sukar untuk diterima tetapi adalah hak sendiri untuk menerima yang alternatif atau konservatif. Oleh kerana saya memang seorang yang suka mencari maklumat maka di sini saya berikan sebuah halaman web yang berkaitan dengan alternatif. Adalah disini ingin saya ketengahkan bahawa bukan niat dihati untuk menghasut dan sebagainya tetapi sekadar berkongsi maklumat, persepsi saudara saudari adalah untuk saudara saudari tentukan sendiri. Namun adakah kita berpuas hati bagaimana negara kita ditadbir dan dipimpin pada masa sekarang? Jika anda tidak berpuas hati adakah kita mampu untuk memilih yang alternatif? Dan adakah menjadi suatu kesalahan untuk memilih yang alternatif? Semua berbalik kepada prinsip dan kemahuan masing-masing....

Akhir kata
Maka justifikasi tentang salah atau benarnya sesuatu yang alternatif ituadalah bergantung kepada penilaian tentang baik buruk serta impak yang akan diberikan dengan memilih yang alternatif.
A man walks into a his bathroom and shoots himself right between the eyes using a real gun with real bullets. He walks out alive, with no blood anywhere. And no, he didn't miss and he wasn't Superman or any other caped crusader.
How did he do this?
A man was found murdered on Sunday morning. His wife immediately called the police. The police questioned the wife and staff and got these alibis:
The Wife said she was sleeping.
The Cook was cooking breakfast.
The Gardener was picking vegetables.
The Maid was getting the mail.
The Butler was cleaning the closet.
The police instantly arrested the murdered. Who did it and how did they know?
Your answers?
Leave your answers in the comments area.
No comments:
Post a Comment